Antara Usrah & Ummah

8 11 2008

Assalamu’alaikum.

Dedikasi buat para abi yang terlupa. Akan tapak permulaan tarbiyyahnya…

 

MAAFKAN ABI

Sudah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni. Atas kesibukan yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ni, aku jadi letih. Peperiksaan akhir tahun, dokumen-dokumen yang semuanya bernotis ‘urgent’, urusan pemulangan buku teks pelajar… memang betul-betul memenatkan. Emosi pula kerap hilang stabiliti. Rasa cepat nak marah. Kesian dengan Marsha. Nak bermanja dengan Abinya waktu pulang kerja. Tapi kena marah pula. Maafkan Abi ye anje. Abi tak sengaja. Abi cuma seorang ayah yang biasa-biasa saja. Sedang usaha jadi mithali tapi terkadang ‘tersadung’ juga dalam proses ke situ. Nasib baik ada Ummi yang sudi pujuk permata hati kami yang sulung ni. Terima kasih Ummi.

 

usrah 

 

Nak jaga hati seorang isteri juga bukan mudah. Aku pun jarang ada quality time dengan zaujahku. Kalau aku jadi isteri, aku pun akan rasa perkara yang sama agaknya. Rasa kurang diberi perhatian. Apa tidaknya. Siang aku bekerja di sekolah. Malam aku kena buat kerja-kerja dokumentasi. Menyiapkan kertas kerja-kertas kerja program jamaah. Merancang dan menyusun atur organisasi syabab. Dengan apa lagi semua itu, dengan menghadap laptop ni la. Aku mengaku, sejak kebelakangan ni aku lebih banyak menghadap laptop daripada menghadap zaujahku. Tak hairan la kalau zaujahku boleh cemburu dengan laptop yang tak bernyawa dan tak beremosi ni. Abi mintak maaf ye Ummi. Memikirkan masalah ummah memang satu kerja berat dan perlu komitmen pada tahap tinggi. Harap Ummi dapat mengerti.

 

MASALAH UMMAH?

Dalam leka aku memikirkan pendekatan demi pendekatan untuk mendekatkan ummat manusia kepada Islam, hati aku seolah senak. Seolah otakku buntu berfikir apa-apa. Lebih kurang 10 minit hang begitu saja. Kenapa gamaknya ye? Baru tadi, aku mengkoreksi diri semula. Ummah itu datang dari mana? Apakah dakwah itu disebar kepada mad’u yang wujud secara tiba-tiba? Para pendakwah yang akan menyambung mata rantai perjuangan ini asalnya di mana? Astaghfirullahal’adzim! Patut saja kalau Islam sukar diterima masyarakat. Kerana da’ei sendiri lupa permulaan tapak dakwahnya. Usrahnya. Kepentingan membangunkan dan memantapkan fikrah keluarganya.

 

Patut saja dakwahku kekadang ‘tidak sampai’ ke hati manusia. Kerana keluargaku sendiri aku sisih dari rangkulan dakwah yang berterusan. Kesian keluargaku. Dalam pada kesibukan Abi menanam dan membina tunas-tunas baru, Abi terlupa dengan organisasi utama Abi sendiri yang kurang perhatian tarbiyyah. Sedangkan dari sinilah Abi mendapat motivasi kekuatan dan semangat. Mencambah keazaman dan dedikasi. Masalah ummah yang Abi fikirkan selama ini sebenarnya dimulai dari komuniti kecil yang Abi miliki sekarang ini.

 

KENGERIAN DI PENGHUJUNG ZAMAN

Aku cukup ngeri bila mengenangkan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di persekitaranku. Di sekolah, baru-baru ini berlaku lagi kejadian zina di kalangan pelajar-pelajar. Namun kali ini, pelajar dengan pekerja kantin asrama. Astaghfirullahal adziim! Aku jadi takut dengan keadaan yang semakin parah ini. Dulu, kejadiannya berlaku di dalam surau. Tempat azan dilaungkan. Tiba-tiba menjadi tempat nafsu tunggangan syaitan beroperasi. Bila ditimbang-timbang… institusi surau juga tidak berperanan. Aku juga sendiri sebagai guru kurang berperanan. Makanya, surau menjadi tempat yang semakin jauh dari hidayah. Bukan lagi menjadi tempat manusia mendekatkan diri kepada Allah. Maafkan aku Tuhan atas kelemahan diri ini.

 

Teruk sudah masyarakat Islam. Sudahlah disuntik dengan ‘ubat Yahudi dan toghut’ setiap hari. Di TV, di surat khabar. Di siber. Islam sekadar hasil cetakan di kad pengenalan. Membesarkan anak dalam keadaan persekitaraan masyarakat yang serba negatif membuat aku jadi takut dengan apa yang bakal dihadapi oleh Marsha dan anak-anakku yang lain di masa depan nanti. Apakah ‘hidangan’ sosial yang bakal mereka lalui nanti? Cukuplah Allah sebagai penolongku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan seorang Abi.

Advertisements

Actions

Information

One response

28 10 2009
pencari jawapan dan ilmu

Assalamualaikumwaramatullahiwabarakatuh…

terima kasih atas peringatan seorang hamba Allah seperti Mu…
peringatan ini membuatkan saya seorang pencari akan memikirkan juga dari mananya datang Term Ummah…Malulah kita sebagai Umat Islam yang dilahirkan Dalam Islam sebab kita dengan kelemahan yang semakin memudarat ini menyebabkan kita menganggap kerja atau hiburan di dunia adalah lebih baik di Akhirat.Saya juga menjadi saksi dan juga seorang pesalah di dunia dan akhirat atas sebab sebab tertentu atas kelemahan saya juga melihat perubahan di Akhir Zaman… Maka benarlah kita semua semakin lupa tentang perpaduan dan Berjemaah.. Umat Islam di akhir zaman ( saya nasihatkan kepada diri saya juga ) semakin lalai dari solat jemaah.Sayang sekali….solat jemaah didalam intipatinya itu ada POWER nya…buktinya zikir di waktu habis solat..Lailahaillah..yang diucapkan 100 kali..Masyallah dan Subhanallah…terkejut sekali dibuatnya..seandainya semua rasa mcm mana saya rasa…mesti impress… ( cara mengetahui senang sahaja…cuba lah menutup mata dan berzikir lah beramai ramai dengan sebutan Saya terus terang katakan..sebutlah dosa apa yang melibatkan kemaksiatan yang tak pernah saya rasa melainkan arak,syirik, dan sesama dengan nya..semuanya pernah rasa…nauzubillah..satu apa pun tidak menyeronokkan..dulu diwaktu iman lemah..ya..memang mengaku seronok perkara tersebut tapi..lama kelamaan benda sebegitu la yang akan buatkan kita rosak….resah dan bosan dan akhirnya tersesat..nauzubillah..Alhamdulilah syukur kepada Allah S.w.T yang Maha PEngasih Dan Maha PEnyayang,.,,menyelamatkan saya dan memberi peluang kepada kita untuk teruskan dan mulakan hidup baru.. dan SOLAT JEMAAH LAH ,AL QURAN DAN BACAAN YASIN ini YANG SEPERTI MANA DI WASIATKAN OLEH BAGINDA KITA NABI MUHAMMAD S.A.W…MEMBUATKAN SAYA FIKIRKAN SAYA LAH MANUSIA PALING BODOH KERANA TIDAK MAHU,TIDAK MELIHAT,TIDAK CUBA MENDEKATI SESUATU PERKARA MULIA..SEDANGAKAN INILAH YANG MEMBUATKAN HATI SAYA MENYESAL AKIBAT DIRI SENDIRI…KAWAN- KAWAN YANG BAIK JUGA DAPAT MEMBANTU KITA MENJADI BAIK..BENARLAH APA YANG DIDENGARI..UNTUK MENJADI BAIk..KITA HARUS MENCARI SESUATU TEMPAT YANG BAIK DAN KAWAN YANG BAIK…DIWAKTU SAKIT..SAYA DENGAR TENTANG SOLAT ADA PENAWAR..MULA-MULA SUSAH NAK PERCAYA..TETAPI SAYA INGIN MENCUBA…SUBHANALLAH…ALLAH KARIM….ALLAH MEMANG MEMBUKTIKANNYA,,,SAYA SEMBUH TANPA MENGAMBIL UBAT…MEMANG BENAR SEKIRA KALAU KITA SAKIT..ATAU DEMAM..JUST SOLAT DAHULU AND BERDOA DAHULU BEFORE AMBIK UBAT …INSYALLAH..TIDAK PERLU SAYA MENIPU..BENDA BAIK..MESTI DISAMPAIKAN..WAHAI UMAT MUHAMMAD S.A.W..TIDAKKAH KITA SEDIH KERANA KITA MEMPERLEKEHKAN PERJUANGAN BAGINDA S.A.W..SEDANGKAN WALAUPUN DI HARI PEMBANGKITAN SEMULA .NABI MUHAMMAD MASIH BERTANYAKAN SOALAN PERTAMA IAITU TENTANG UMATNYA…KITA …APAKAH PERJUANGAN YANG KITA DAPAT HIDUPKAN KEMBALI ISLAM..SEJAK KEJATUHAN ISLAM DAN DITINDAS DAN DITINDAS LAGI..ADAKAH ANDA SEMUA TIDAK MAHU BANGUN SEMULA??WAHAI UMAT MUHAMMAD YANG JUGA SAUDARA KU JUGA..KETAHUI LAH MAKSIAT SENANG DATANG DARI TINGKAP..IAITU MELALUI ,Tv,KOMPUTER ( INTERNET ), PAWAGAM…PERCAYALAH…YANG PENTING..DATANGLAH KE MASJID SEMULA ..BERJEMAAH LAH SEBAB DI DALAM JEMAAH ,ALLAH TERIMA SOLAT KITA DENGAN SEKALI GUS..BANYAK FADILLAT…..WAHAI SAHABATKU YANG SEORANG ABI..SAYA YANG BERNAMAKAN KESENANGAN..AKAN KU LALUI KESUKARAN DEMI ISLAM SEBELUM KECAPI KESENANGAN…TAK ADA YANG LAGI PENTING DARI SERUAN ILLAHI..SEANDAINYA MAHU BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT..PATUHILAH APA YANG ALLAH S.W.T MAHU..DAN TINGGAL YANG DILARANG..DAN LAKSANAKAN SEPERTI RASULULLAH S.A.W..NESCAYA POWER YANG SAYA MAKSUDKAN..ENCIK AKAN LIHAT SENDIRI..SAYA SUDAH NAMPAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT..ADAKAH ANDA SEMUA TIDAK MAHU JUGA MELIHAT SEPERTI APA YANG YANG SAYA LIHAT BARU BARU INI..DINIATKAN HATI YANG AZAM MAHU LIHAT KALIMAH ALLAH S.W.T DI LANGIT DI DEPAN MATA…DAN TERBUKTIlAH ALLAH MAHA ESA,MAHA AGUNG,MAHA BERKUASA, MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL….MEMBUKTIKAN SEKALI LAGI KELMARIN DIWAKTU MAGHRIB ( INSYALLAH MUDAH MUDAHAN BENARLAH APA YANG DILIHAT SEMALAM ) KALIMAH ALLAH S.W.T TERBESAR KU LIHAT DI DEPAN MATA…ALLAHHUAKKBAR!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s




%d bloggers like this: