Pohon Hijau Itu…

25 09 2008

Assalamu’alaikum.

Hampir setengah jam ber-YM dengan seorang sahabat yang berada di Sabah Bumi Tarbiyyah JIKUMS. Lama benar tak berjumpa. Akhirnya bertemu di alam siber, berkat penghasilan SenTELUK oleh para moderator jundiyyah. Di situlah ukhuwwah didefinisikan kembali. Ya, sedar tak sedar… sudah hampir 4 tahun aku meninggalkan alam universiti, alam bermulanya aku mengenal erti tarbiyyah dan dakwah, teori dan pengamalan serta iltizam dan istiqomah. Riak wajah dan susuk tubuh “konsisten” Abang Jamal si naqib dengan identiti tersendiri serta sahabat-sahabat seusrah / se-Penggerak Jihad ke-3 kerap juga “merayau” dalam ingatan ini. Aku rindu suasana itu…

Bercerita soal tarbiyyah, ana bersetuju dengan pandangan Almarhum Syahid Hassan al-Banna berkaitan firman Allah. Kata beliau, firman-firman Allah ini didefinisikan dalam dua keadaan; Pertama, ianya merupakan ayat-ayat Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Kedua, ianya merupakan ayat-ayat Allah yang tergambar, yang dapat dilihat dan dinikmati oleh pancaindera manusia. Sebagaimana apabila kita berjaya menggabungkan otak kiri dan otak kanan, maka natijah pemahaman yang diadaptasi dari kedua-dua bahagian ini akan membawa kepada SUBHANALLAH! Suatu ungkapan ringkas yang padat dengan keagungan Al-Khalik.

Barangkali kita biasa mencemuh, mengeluh, mengomel dan berekspresi negatif bilamana berhadapan dengan sesuatu perkara yang tidak kita sukai. Lebih-lebih lagi bila perkara tersebut datang secara tiba-tiba tanpa dirancang dan diundang. “Ni apahal pulak motosikal ni mampus tiba-tiba? Bosan betullah. Aku dah lewat ni…“, “Masa aku nak guna buku, masa tu la dia nak hilang sangat…arrgghhh!!!“, “Bila la nak abis study aku ni…tension btol! Memember lain dah keje dan rasa RM sendiri…aduuuiiii laaa!“. Itu antara ungkapan-ungkapan yang biasa didengar dari lubuk hati yang depresi. Aku juga pernah begitu dan mungkin akan begitu lagi… dalam sesekali.

Walau bagaimanapun, semenjak aku mengajar dan mengamati ilmu Fizik dalam beberapa tahun ini, rahsia kejadian ciptaan Allah perlahan-lahan terungkap. Bahawasanya persekitaran kita sebenarnya ada hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Seolah-olah sedang menterjemahkan apa yang berlaku kepada diri kita dan metaforanya adalah alam ini. “Allah sedang berbicara denganmu, Fahri! Allah sedang berbicara denganmu tentang ikhlas…tentang sabar!” begitu kata-kata itu muncul kembali berdengung dalam ingatanku. Novel dan filem Ayat-ayat Cinta nukilan Habiburrahman el-Syirazi begitu menyentuh hatiku. Benar! Allah sebenarnya sedang berbicara dengan kita. Setiap waktu. Terpulang kepada kita untuk memahami bicara-Nya.

Allah SWT tidak menjadikan alam ini dengan sia-sia. Ada tujuan-tujuan tertentu penciptaan itu. Buat manusia berfikir, mentafsir, mentahkik dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Kita seringkali didatangi atau berdepan dengan payahnya suasana, peritnya berjuang, panjangnya perjalanan dan sukarnya bersabar. Berbicara soal mehnah dan tribulasi mengingatkan aku pada pokok kunyit dan pokok lada yang disemai zaujahku di tepi rumah sewa kami.

Seronok melihat bagaimana pokok-pokok ini yang asalnya cuma daripada benih-benih yang disemai, lantas membesar menjadi tunas-tunas yang melestarikan kehidupan generasi tumbuhan. Hampir seminggu berlalu selepas disemai, tunas-tunas pokok lada mula mencambahkan harapannya. Kunyit masih bersabar menanti giliran, membuatkan aku tertanya, “Tak menjadi ke pokok kunyit ni?”. Hari-hari berlalu, generasi kunyit yang disemai masih istiqomah dalam tanah berbaja. Ya, BAJA. Komposisinya urea, makanan-makanan basi dan kayu-kayu reput. Ringkasnya digelar baja Organik. Kotor dan kumuh kandungannya…

Hampir sebulan menunggu, tunas si kunyit mula muncul di permukaan tanah. bukan satu tapi dua tunas mula bercambah. SUBHANALLAH! perkataan pertama yang terpacul dari bibirku bila pertama kali melihat tunas si kunyit yang hijau. Selama ini aku tidak begitu meletakkan harapan bahawa ia akan tumbuh. Sebaliknya, kini ia semakin mekar dan membesar. Membawa kehidupan baru di muka bumi Allah ini.

Inilah hasil kerja TUHAN RABBUL JALIL yang MAHA PENCIPTA. Ketika manusia beransur-ansur putus harapan, dihadiahkan kegembiraan pada waktu yang sangat bertepatan. Cuma manusia tidak melihatnya sebagai suatu nikmat…jarang-jarang.

Sesuatu yang dilihat kotor tidak semestinya dinilai sebagai tidak sempurna dan tidak berguna. Baja organik yang diadun dengan najis haiwan, makanan basi dan bahan reputan tumbuhan, cukup menjijikkan jika dilihat pada pandangan mata kasar. Namun, Allah Maha Mengetahui. Bahan-bahan yang dilihat kumuh ini menyimpan pelbagai nutrien dan zat kepada tumbuhan yang bakal tumbuh nanti.

Begitulah ibaratnya kehidupan manusia dan diri kita khususnya, yang meletakkan perjuangan meninggikan kalimatulLah sebagai menu utama. Kekuatan kita sebenarnya datang daripada penderitaan dan rintangan yang kita tempuhi. Kematangan kita datangnya daripada pemahaman terhadap kondisi-kondisi situasi yang rumit dan berliku. Keyakinan kita terhadap fikrah yang kita perjuangkan terhasil daripada ketahanan berhadapan dengan anasir-anasir su’ (baca: “suk” bermaksud “jahat”). Pernahkah kita terfikir sebelum ini, bagaimana kebusukan politik sesetengah pihak akhirnya mengalihkan perhatian manusia untuk berdamping dengan pembawa kebenaran? Setiap kejadian ada fungsinya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kekotoran sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada kebersihan dan nilai suci. Umpama pohon yang dibaja dengan “kumuh”, rupanya bercambah melestarikan satu kehidupan lagi…

Advertisements

Actions

Information

6 responses

26 09 2008
KJ

SubhanaLLAH,
Memang ciptaan ALLAH tu tak sia2, menjadi motivasi dan petunjuk kepada manusia untuk mereka berfikir tentang kehebatan dan maha kuasanya ALLAH itu.

28 09 2008
abiumar

Salam dan tahniah…

Atas tulisan yang amat menarik. Ana telah sebarkan di yahoogroups ana… Insya Allah sehari dua lagi ramailah pengungjung tu. Yahoogroups ana ada 17K ahli…

Klik : http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/

Teruskan!!! Ante memang dilahirkan sebagai seorang penulis. Amin

28 09 2008
sharifah hamidah

kalau ada peluang nak bercucuk tanam gak tapi apakan daya tinggal di apartment mana ada ruang cuma sikit aje.

29 09 2008
ikhwanmuda

hehe…setakat kunyit ngan lada ni, takyah ruang besar pun. kat tepi tingkap pun buleh:) “Masalah” sebenarnya membuatkan kita lebih “kreatif”.

29 09 2008
ikhwanmuda

Rabbana makholaqtaha za bathila…

9 10 2008
ikhwanmuda

Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi mengomen. InsyaAllah ana akan gunakan web blog ni untuk dakwah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s




%d bloggers like this: